.::mY aMi::.

Monday, September 18, 2006

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan


Contoh ilustrasi hilal....



Alhamdulillah, Ramdhan akan tiba lagi...tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada hari Jumaat, 22 Sep 2006, bersamaan 29 Syaaban 1427 Hijrah. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen.

Erm...membuak2 keinginan nak gi cerap anak bulan Ramadhan tahun ni..takpe lah, dapat tengok gambar pun takpo doh. Tengok ke tak tengok ke anak bulan...kita tunggu je pengumuman Penyimpan MOhor Besar Raja-Raja Malaysia. Best jugak keje jadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nih...keje 3 kali je setahun, pengumuman puasa, pengumuman raya puasa dan jugak pengumuman raya haji..huhuhu.Papepun..Semoga Ramadhan kali ni akan di hayati dan dipergunakan oleh diri ini sebaik yg mungkin.

Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain.

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

Powered by Blogger