.::mY aMi::.

Wednesday, August 09, 2006

Utarid dan Kejora bertemu di langit pagi


Untuk beberapa hari yang akan datang, kita akan dapat lihat 2 buah planet paling hampir dengan matahari, iaitu planet Utarid dan Kejora, bersama-sama melayari ufuk sebelah timur, sekitar jam 6.30 pagi.

Pandang ke arah Timur, pada kedudukan kurang dari 10 darjah dari atas ufuk Timur, kita akan dapat lihat kedua-dua buah planet ini menyinari dengan kecerahan yang agak terang, walaupun ketika itu langit sudah semakin terang.

Kejora merupakan yang paling cerah antara keduanya. Jangan terkeliru dengan kehadiran bintang kembar Castor dan Pollux, yang berada di ke kiri dari kedua-dua planet ini, pada kedudukan sebelah atas kiri.

Bintang Procyon, bintang paling cerah di dalam buruj Canis Minor, akan berada ke kanan atas dari planet-planet tersebut. Namun kita akan dapat kenalpasti dengan mudah kerana ianya satu-satunya bintang yang cerah di kawasan itu.

Kejora dan Utarid ini akan berada hampir antara satu sama lain buat beberapa hari dari 10 sehingga 12 Ogos. Selepas itu, kedua-duanya akan semakin berjauhan dan semakin rendah ke ufuk langit. Menjelang akhir bulan Ogos, Utarid sudah hilang dari pandangan, dan meninggalakan Kejora keseorangan, sambil menanti kemuncul planet Zuhal pula yang akan mula muncul sebelah pagi!

Begitulah kedinamikan langit bumi, sentiasa bersedia untuk kita melayari dan mempelajarinya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

Powered by Blogger