.::mY aMi::.

Wednesday, August 16, 2006

Pahlawan Islam Melayu (T0K JANGGUT)...




Ana dapat emel ni dari seorang sahabat...tak tahu nak gambarkan mcmane perasaan ana bila tgk gambar ni...semoga rohnya ditempatkan bersama ahli-ahli syurga.. Al-Fatihah

Ini ada satu penemuan yang menarik. Saya dapat satu email dari
member kata imej yang tuan/puan tengok dalam email yang saya fwd ni tidak pernah dipertontonkan kepada umum selama ini hinggalah ada pengkaji sejarah dari ukm ka entah mana, pi selak pi selak mai kat library university oxford kat England sana nu, dan jumpalah gambar ni. Kata orang putih laknatullah... (ni lah gambar "si penderhaka" yang dibunuh oleh orang putih tahun 1919 dulu di Kota Baru kelantan, kerana berani melawan pemerintah.... nama dia Haji Hasan orang pangge "tok janggut"...nilah akibatnya kalau menderhaka kepada pemerintah, tak sabar-sabar nak memerdekakan tanah melayu ni dari pemerintahan orang putih...)

Selepas baca ni, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham tok janggut yang telah berjuang atas kesedaran berjihad untuk mempertahankan agama dan tanah air dari belenggu Inggeris. Orang-orang seperti tok janggut nilah yang berani bagi amaran kat orang putih, "kalau hampa nak balik England tengok anak bini, hampa tok sah dok kacau adat resam dan agama kami..."?(sory la, dia speaking Kelate, bukan Kedah). Sebab tu lah inggeris tak berani berdakwah pada orang melayu, walaupun depa jajah negara kita lebih seratus tahun lamanya. Alhamdulillah, dengan nikmat Allah, hari ni cucu cicit orang melayu zaman inggeris dulu masih kekal islam. Tanpa orang-orang seperti beliau, siapalah kita pada hari ini. Ntah2 apalah agama kita hari ni. Nau'zubillah. Al-Fatihah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

Powered by Blogger