.::mY aMi::.

Monday, July 17, 2006

FAEDAH MENYATAKAN HARI YANG BERBAHGAIA DAN HARI NAHAS

Ketahui olehmu bermula bagi tiap-tiap pekerjaan hendaklah memilih akan hari dan saat yang baik. Jika;

1 hb: iaitu baik dan berbahagia kalau pergi bertemu raja-raja dan menuntut hajat dan memulakan bercucuk tanam

2hb: baik pergi musafir dan tuntut apa-apa hajat

3hb: tiada baik berbuat sesuatu pekerjaan

4hb: baik bagi pekerjaan kahwin

5hb: tiada baik ada nahas

6hb: berkat kahwin padanya dan menuntut hajat

7hb: bahagia lagi terpilih membuat sebarang pekerjaan lagi beroleh berkat

8hb: baik menuntut hajat, tiada baik musafir, beroleh kebencian

9hb : terpilih lagi berkat dengan barang yang berkehendak oleh manusia, jika pergi musafir beroleh rezki yang banyak lagi beroleh kebajikan.

10hb : baik menuntut hajat tiada baik pergi mengadap raja-raja dan siapa-siapa yang lari dari kesalahan nescaya di tangkap akan dia kesudahannya. Dan jika ada apa-apa kehilangan padanya akan bertemu kembali, dan jika mula sakit padanya akan beroleh sembuh juga

11hb : baik padanya berjual beli dan menuntut hajat, dan pergi musafir, dan tiada baik pergi mengadap raja-raja nescaya beroleh kemurkaan daripadanya.

12hb : baik lagi terpilih, maka perbuat olehmu apa-apa pekerjaan dan tuntut olehmu apa-apa pekerjaan dan tuntut olehmu apa-apa hajat nescaya memberi berkat lagi di tunaikan apa-apa yg kamu perintah daripada apa-apa pekerjaan kamu.

13hb : hari nahas, takut olehmu daripada memulakan satu-satu pekerjaan

14hb : terpilih lagi baik barang apa-apa pekerjaan daripada kenduri kahwin selamat sempurna lagi beroleh kepujian

15hb : baik dan terpilih juga berbuat olehmu barang apa pekerjaan juga beroleh selamat

16hb : baik menuntut hajat dan kata setengah qaul tiada baik pd pihak paginya dan baik pada pihak petangnya

17hb : baik lagi terpilih, perbuat olehmu pada barang apa pekerjaan jua pun daripada kenduri yang besar-besar atau akad nikah atau bertanam-tanaman atau mendiri rumah, nescaya beroleh berkat dan sempurna

18hb : baik bagi musafir dan tuntut hajat dan siapa-siapa yang melanggar musuh nescaya beroleh kemenangan dan beruntung ia dengan izin Allah Taala.

19hb : terpilih lagi baik menuntut sebarang hajat, dan pemergian yang jauh-jauh dan mendiri rumah dan bercucuk tanam

20hb : terpillih lagi baik memulakan segala pekerjaan beroleh selamat

21hb : tiada baik berbuat satu-satu pekerjaan yg belumdi mulakan, ada nahas lagi sia-sia lagi mengenai kerugian dan sesal.

22hb : baik berjual beli dan pergi pergian dan beroleh berkat baginya bersedekah

23hb : terpilih baginya pekerjaan kahwin (beraqad) dan berniaga dan sebarang kehendak di peroleh

24hb : hari nahas dan malang, jangan kamu memulakan daripada pekerjaan yang besar-besar takut menyesal

25hb : hendaklah beringat-ingat daripada nahas

26hb : baik menuntut hajat, tiada baik berkahwin, maka lazim olehmu padanya bersedekah kerana menolak kebencian
27hb : terpilih bagi segala pekerjaan, sangat baik apa juga yang kamu perbuat akan beroleh selamat dan sempurna dan beroleh kepujian.

28hb : kecelakaan, tiada baik barang pekerjaan

29hb : terpilih dan baik bagi segala hajat, jika sakit padanya segera sembuh, jika musafir padanya kembali

30hb : terpilih lagi baik tiap-tiap satu yang di hajatinya akan beroleh, lagi berkat dan baik berjual beli dan bertanam-tanaman dan berkahwin, dan jika sakit segera juga akan sembuhnya. Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

Powered by Blogger