.::mY aMi::.

Monday, July 17, 2006

bulan bintang

Planet Mars akan menjadi bintang yang paling terang mulai Agustus. Besarnya akan terlihat sebesar bulan purnama. Puncak terangnya planet ini adalah tanggal 27 Agustus ketika Mars mendekat dengan jarak sekitar 34.65M mil dari bumi. Pastikan anda memandang ke langit pada 27 Agustus jam 00:30 pagi (Sabtu setelah tengah malam). Akan terlihat seolah bumi memiliki 2 bulan.Saat berikutnya Mars akan begitu dekat dengan bumi pada tahun 2287. Sebarkan kabar ini kepada kawan-kawan anda kerana TAK ADA SEORANGPUN DARI YANG HIDUP SAAT INI akan menyaksikannya lagi.. katanya

Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Oleh : Dr. Abidh bin Abdullah

Hitunglah semua nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada anda


"Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah sehingga dengan kesabaran yang baik seakan-akan aku dapat melihat apa sahaja yang telah dilakukan oleh Allah kepadaku"

Bila anda tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara anda sedang berada dalam kenikmatan. Ia menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan, sementara anda sendiri kekenyangan. Ia menyapa beribu-ribu orang yang tertawan, sementara anda bebas dan merdeka. Ia menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah dan bencana, sementara anda selamat dan berbahagia.

Berapa banyak air mata yang berlinang di pipi seorang wanita, berapa banyak derita di hati seorang ibu, dan berapa keras jeritan di kerongkongan si kecil, sementara kamu tersenyum lega. Maka pujilah Allah dan ucapkanlah Alhamdulillah atas kasih sayang, perhatian dan kurnianNya.

Duduklah anda dengan tenang, lalu berterus teranglah dengan diri anda sendiri. Ambillah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yang telah anda dapatkan. Begitu pula, hitunglah kecantikan, wang, anak-anak, naungan, tempat tinggal, tanahair dan berbagai anugerah lainnya seperti udara, air, makanan, ubat dan sebagainya. Oleh kerana itu ia, jalinlah hidup ini dengan senang, bahagia dan hati yang terhibur.


Semoga rezeki sedikit yang dapat membahagiakan anda, bukan rezeki yang banyak yang menyengsarakan anda


"Apabila Allah menggelarkan keutamaan yang tadinya terlipat, diberikanlah kesempatan untuknya lisan yang dengki untuk berperanan"

Umur anda yang di hitungkan adalah umur berisi dengan kebahgiaan, kesenangan, keredhaan, ketenangan, dan kepuasan. Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak dan merasa gelisah, maka bukanlah ia termasuk bahagian dari umur anda yang hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagiaan anda. Maka jagalah keredhaan anda pada Allah, puas dengan pembahagian kurniaNya, beriman pada taqdirNya, dan bersikap optimis dalam menghadapi masa depan.

Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang laindari satiu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengat, terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.

Lihatlah ke arah awan, jangan melihat ke arah tanah



"Seandainya tiada nyala api yang ada di sebelahku, tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium"

Jadilah seorang wanita yang memiliki cita-cita tinggi, kerana kami berharap agar anda selalu meningkatkan diri dan melanjutkan perjuangan hidup ini. Berhati-hati terhadap jebakan yang menjatuhkan dan menghinakan.

Ketahuilah, bahawa kehidupan hanya beberapa minit bahkan hanya beberapa detik. Jadilah engkau seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan terus lah engkau mencuba. Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa, dan kembalilah engkau kepada pintu taubat. Hafalkan kembali al-Quran jika engkau telah lupa. Kembalilah engkau mengingatnya untuk yang kedua kalinya dan yang ketiga kalinya….bahkan untuk yang kesepuluh kalinya.

Hal yang penting ialah hendaknya anda tidak merasa gagal dan kecewa, kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan aqal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali, tetapi yang di kenal hanyalah usaka dan pembaikan.

Sesungguhnya umur itu sama seperti jasmani, ia boleh sahaja diubah dengan melakukan operasi kecantikan. Sesungguhnya umur itu sama seperti bangunan, ia dapat sahaja diruntuhkan dan dibangun kembali dengan reka bentuk dan cat warna terbaru. Mak, berhati-hatilah dan jauhilah pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya. Hitungkanlah dari benak anda risiko-risiko tentang sakit, bencana, musibah dan ujian yang memberatkan.

Allah subhanahu wa taala berfirman, maksudnya:

…………dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
(surah al-maidah : Ayat 23)

FAEDAH PADA MENYATAKAN WAKTU BERANAK

Ketahui olehmu, telah berkata oleh (Abu Ma’syar) bahawa sesiapa yang di peranakkan pada waktu subuh, adalah baginya beruntung pada tiap-tiap perkara, lagi beroleh kemuliaan pekerjaan, lagi beroleh ia harta dengan usahanya. Dan siapa yang diperanakkan pada waktu naik matahari (sedang terbit), adalah ia menuntut pada segala perkaranya. Dan siap yang diperanakkan pada waktu dhuha adalah ia sukar beroleh rezekinya lagi berpenatan dan berpayahan. Dan siapa yang diperanakkan pada waktu zohor adalah ia masyhur diantara ahlinya lagi beroleh ia pangkat yang tinggi dan mempunyai harta. Dan siap yang di peranakkan pada waktu asar, adalah ia beroleh kemenangan dan kepeliharan di antara saudara-saudaranya. Dan siapa yang diperanakkan pada waktu maghrib, ia lekas marah dan lekas baiknya, lagi mempunyai harta. Dan siap yang di peranakkan pada waktu isyak, adalah ia diperanakkan oleh Allah Taala daripada doanya lagi berbimbing dengan ibadah. Dan lagi barang yang tersebut di dalam (Makarimul akhlak): Barang siapa yang diperanakkan dia pada tiga puluh haribulan adalah ia kemuliaan, kebahagiaan dan kemasyhuran, dan lemah lembut, dan menyempurnakan janji, dan terangkatlah perkara-perkaranya di dalam kepeliharaan. Wallahua’alam.

FAEDAH MENYATAKAN HARI YANG BERBAHGAIA DAN HARI NAHAS

Ketahui olehmu bermula bagi tiap-tiap pekerjaan hendaklah memilih akan hari dan saat yang baik. Jika;

1 hb: iaitu baik dan berbahagia kalau pergi bertemu raja-raja dan menuntut hajat dan memulakan bercucuk tanam

2hb: baik pergi musafir dan tuntut apa-apa hajat

3hb: tiada baik berbuat sesuatu pekerjaan

4hb: baik bagi pekerjaan kahwin

5hb: tiada baik ada nahas

6hb: berkat kahwin padanya dan menuntut hajat

7hb: bahagia lagi terpilih membuat sebarang pekerjaan lagi beroleh berkat

8hb: baik menuntut hajat, tiada baik musafir, beroleh kebencian

9hb : terpilih lagi berkat dengan barang yang berkehendak oleh manusia, jika pergi musafir beroleh rezki yang banyak lagi beroleh kebajikan.

10hb : baik menuntut hajat tiada baik pergi mengadap raja-raja dan siapa-siapa yang lari dari kesalahan nescaya di tangkap akan dia kesudahannya. Dan jika ada apa-apa kehilangan padanya akan bertemu kembali, dan jika mula sakit padanya akan beroleh sembuh juga

11hb : baik padanya berjual beli dan menuntut hajat, dan pergi musafir, dan tiada baik pergi mengadap raja-raja nescaya beroleh kemurkaan daripadanya.

12hb : baik lagi terpilih, maka perbuat olehmu apa-apa pekerjaan dan tuntut olehmu apa-apa pekerjaan dan tuntut olehmu apa-apa hajat nescaya memberi berkat lagi di tunaikan apa-apa yg kamu perintah daripada apa-apa pekerjaan kamu.

13hb : hari nahas, takut olehmu daripada memulakan satu-satu pekerjaan

14hb : terpilih lagi baik barang apa-apa pekerjaan daripada kenduri kahwin selamat sempurna lagi beroleh kepujian

15hb : baik dan terpilih juga berbuat olehmu barang apa pekerjaan juga beroleh selamat

16hb : baik menuntut hajat dan kata setengah qaul tiada baik pd pihak paginya dan baik pada pihak petangnya

17hb : baik lagi terpilih, perbuat olehmu pada barang apa pekerjaan jua pun daripada kenduri yang besar-besar atau akad nikah atau bertanam-tanaman atau mendiri rumah, nescaya beroleh berkat dan sempurna

18hb : baik bagi musafir dan tuntut hajat dan siapa-siapa yang melanggar musuh nescaya beroleh kemenangan dan beruntung ia dengan izin Allah Taala.

19hb : terpilih lagi baik menuntut sebarang hajat, dan pemergian yang jauh-jauh dan mendiri rumah dan bercucuk tanam

20hb : terpillih lagi baik memulakan segala pekerjaan beroleh selamat

21hb : tiada baik berbuat satu-satu pekerjaan yg belumdi mulakan, ada nahas lagi sia-sia lagi mengenai kerugian dan sesal.

22hb : baik berjual beli dan pergi pergian dan beroleh berkat baginya bersedekah

23hb : terpilih baginya pekerjaan kahwin (beraqad) dan berniaga dan sebarang kehendak di peroleh

24hb : hari nahas dan malang, jangan kamu memulakan daripada pekerjaan yang besar-besar takut menyesal

25hb : hendaklah beringat-ingat daripada nahas

26hb : baik menuntut hajat, tiada baik berkahwin, maka lazim olehmu padanya bersedekah kerana menolak kebencian
27hb : terpilih bagi segala pekerjaan, sangat baik apa juga yang kamu perbuat akan beroleh selamat dan sempurna dan beroleh kepujian.

28hb : kecelakaan, tiada baik barang pekerjaan

29hb : terpilih dan baik bagi segala hajat, jika sakit padanya segera sembuh, jika musafir padanya kembali

30hb : terpilih lagi baik tiap-tiap satu yang di hajatinya akan beroleh, lagi berkat dan baik berjual beli dan bertanam-tanaman dan berkahwin, dan jika sakit segera juga akan sembuhnya. Wallahua'lam

FAEDAH MENYATAKAN HARI.......

Kat blog yg comel lotte nih, ingin sekali aku berkongsi sesuatu yg berfaedah dgn korang sume…utk kebaikan bersama lah. Aku cedok nih dlm buku SENJATA HIKMAH, ayah aku selalu rujuk kitab ni kalo nak wat sesuatu majlis ke ape ke… Aku tanya jugak kat ayh aku, boleh percaya ke ada hari elok tak elok ni? Ayh aku kata kat aku, memang Allah jadikan macam tu. Cthnya, ada hari yg paling maqbul doa kita…iaitu pd hari Arafah, pd mlm lailatul qadr, ketika turunnya hujan dll. Ada jugak tempat2 yg terpilih utk kita berdoa…cthnya kat medan perang, ketika minum air zam-zam, ketika sakit atau mengalami kesakitan atau apabila diri di zalimi. So mcm tu jugak lah kalo kita nak buat sesuatu pekerjaan…kena tgk hari yg elok, supaya keje yg bakal kita buat tu akan beroleh berkat dan dipermudahkan Allah segala pekerjaan kita. Walau ape pun, kita WAJIB yakin dan percaya…sume tu datangnya dari Allah jua.. Wallahua'lam.

Susah jugak rupanya nak baca kitab jawi lama nih…kena baca berulangkali jugak lah, baru tak tersalah baca…kalo tak bekal jadi bakal bulu roma dah jadi bulu rom…hehehehe


* Ilmu dan hikmah maulah dipelajari * Supaya tak sunyi didalamnya diri
* Faedahnya ada berbilang2 hari * Kita pun tinggal diri ikhtiari
* Ilmu itu ialah bekal * Bersertakan dia dengannya akal
* Tuntutannya elok harapannya yg bakal * Kemudian disudahi dengan bertawakal

salam 'alaik

.:: New Blog ::.

add ur text here mi!

 

Powered by Blogger