.::mY aMi::.

Monday, November 13, 2006

Syawal yg dah nak habis...



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak ku menjenguk blog yg dh lama tak berupdate ni. Alhamdulillah jugak...dah habis dah posa 6...huhu, Selamat Hari Raya untuk diri ku...

Berpuasa 6 hari pada bulan Syawwal setelah puasa wajib di bulan Ramadhan adalah merupakan puasa Sunnah Mustahabbah, bukan wajib. Namun puasa ini sangat disarankan kepada umat Muslim, kerana kebaikan yang banyak yang ada padanya dan pahalanya yang amat besar. Barangsiapa berpuasa 6 hari pada bulan Syawwal (setelah berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan) akan dicatat baginya pahala seperti dia telah berpuasa selama satu tahun penuh, sebagaimana diriwayatkan dalam hadits sahih.


Abu Ayyub r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan kemudian meneruskannya dengan 6 hari pada bulan Syawwal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang hidupnya." (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nisaa'i dan Ibn Maajah). Nabi SAW menjelaskan hal ini kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa berpuasa selama 6 hari setelah hari Raya Eidul Fitri bererti telah memenuhi tahun itu: (barangsiapa berbuat kebaikan [hasanah] akan mendapatkan 10 hasanah yang serupa dengannya)."


Berdasarkan riwayat yang lain: "Allah telah membuat untuk setiap kebaikan (hasanah) 10 kebaikan (hasanah) yang serupa, maka 1 bulan berpuasa adalah sama dengan 10 berpuasa, dan dilanjutkan dengan berpuasa 6 hari berarti telah memenuhi sepanjang tahun." (al-Nasa'i dan Ibnu Maajah. Lihat juga Sahih al-Targhib wa'l-Tarhib, 1/421). Hal ini juga diriwayatkan oleh Ibn Khuzayman dengan kata-kata: "Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan mendapatkan balasan 10 kali yang serupa, dan berpuasa selama 6 hari mendapatkan pahala bagaikan berpuasa selama 2 bulan, dan hal ini bererti berpuasa selama satu tahun penuh."


Mazhab Hambali dan Syafie menjelaskan bahwa puasa 6 hari pada bulan Syawwal setelah berpuasa Ramadhan seolah-olah seseorang itu telah berpuasa selama satu tahun penuh, kerana berlipat gandanya pahala.. berlaku pula terhadap puasa-puasa sunnah, kerana setiap kebaikan (hasanah) di hitung sebagai 10 hasanah.
Pentingnya puasa 6 hari pada bulan Syawwal adalah bahwa puasa sunnah ini akan menutup kelemahan-kelemahan yang mungkin terjadi dalam puasa di bulan Ramadhan, kerana tidak seorang pun yang bebas dari kelemahan2 yang boleh jadi berpengaruh pada puasanya. Pada hari berbangkit, amalan-amalan sunnah akan diperhitungkan untuk mengejar kelemahan-kelemahan dalam amalan-amalan wajib, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Yang pertama kali akan dihisab pada hari berbangkit adalah Solat. Allah SWT akan berkata kepada malaikat-malaikat-Nya - meskipun Dia Maha Tahu - 'Periksalah solat hamba-Ku, apakah sempurna ataukah tidak.' Apabila sempurna, akan dicatat sebagai sempurna, dan apabila ada kekurangannya, Dia akan berfirman, 'Periksa dan lihatlah apakah hamba-Ku telah melakukan solat2 sunnah.' Jika dia telah melakukan sholat-sholat sunat, (Allah) akan berfirman, Sempurnakan amalan wajib hamba-Ku dengan amalan-amalan sunnahnya.' Kemudian semua amalannya akan dihitung dengan cara yang sama." (diriwayatkan oleh Abu Daud).

P/s: Bagi muslimat2, bila kita ganti puasa dlm bulan syawal dan bila cukup 6 hari..dengan sendirinya juga kita akan dapat pahala puasa 6 juga atau kita boleh niat utk puasa qadha' dan puasa 6 sekaligus. Ini antara kelebihan yg Allah bg kat wanita2 (sohibus samahah Ust Hasbullah Mohd Hassan)

Wednesday, September 27, 2006

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja/sekolah/kuliah .
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

Monday, September 18, 2006

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan


Contoh ilustrasi hilal....



Alhamdulillah, Ramdhan akan tiba lagi...tarikh melihat anak bulan Ramadhan ialah pada hari Jumaat, 22 Sep 2006, bersamaan 29 Syaaban 1427 Hijrah. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen.

Erm...membuak2 keinginan nak gi cerap anak bulan Ramadhan tahun ni..takpe lah, dapat tengok gambar pun takpo doh. Tengok ke tak tengok ke anak bulan...kita tunggu je pengumuman Penyimpan MOhor Besar Raja-Raja Malaysia. Best jugak keje jadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nih...keje 3 kali je setahun, pengumuman puasa, pengumuman raya puasa dan jugak pengumuman raya haji..huhuhu.Papepun..Semoga Ramadhan kali ni akan di hayati dan dipergunakan oleh diri ini sebaik yg mungkin.

Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain.

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Wednesday, August 23, 2006

thought...





Just want to share some thoughts... The road to success is not straight. There is a curve called Failure, a loop called Confusion, speed bumps called Friends, red lights called Enemies, caution lights called Family. You will have flats called Jobs. But, if you have a spare called Determination, an engine called Perseverance, insurance called Faith, you will make it to a place called Success...








Wednesday, August 16, 2006

Pahlawan Islam Melayu (T0K JANGGUT)...




Ana dapat emel ni dari seorang sahabat...tak tahu nak gambarkan mcmane perasaan ana bila tgk gambar ni...semoga rohnya ditempatkan bersama ahli-ahli syurga.. Al-Fatihah

Ini ada satu penemuan yang menarik. Saya dapat satu email dari
member kata imej yang tuan/puan tengok dalam email yang saya fwd ni tidak pernah dipertontonkan kepada umum selama ini hinggalah ada pengkaji sejarah dari ukm ka entah mana, pi selak pi selak mai kat library university oxford kat England sana nu, dan jumpalah gambar ni. Kata orang putih laknatullah... (ni lah gambar "si penderhaka" yang dibunuh oleh orang putih tahun 1919 dulu di Kota Baru kelantan, kerana berani melawan pemerintah.... nama dia Haji Hasan orang pangge "tok janggut"...nilah akibatnya kalau menderhaka kepada pemerintah, tak sabar-sabar nak memerdekakan tanah melayu ni dari pemerintahan orang putih...)

Selepas baca ni, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham tok janggut yang telah berjuang atas kesedaran berjihad untuk mempertahankan agama dan tanah air dari belenggu Inggeris. Orang-orang seperti tok janggut nilah yang berani bagi amaran kat orang putih, "kalau hampa nak balik England tengok anak bini, hampa tok sah dok kacau adat resam dan agama kami..."?(sory la, dia speaking Kelate, bukan Kedah). Sebab tu lah inggeris tak berani berdakwah pada orang melayu, walaupun depa jajah negara kita lebih seratus tahun lamanya. Alhamdulillah, dengan nikmat Allah, hari ni cucu cicit orang melayu zaman inggeris dulu masih kekal islam. Tanpa orang-orang seperti beliau, siapalah kita pada hari ini. Ntah2 apalah agama kita hari ni. Nau'zubillah. Al-Fatihah!

Tuesday, August 15, 2006

The Most Powerful and Charismatic Figures in Middle East

Sheikh Hassan Nasrallah



Sheikh Sayyed Hassan Nasrallah became the leader of Hezbollah after Israel assassinated the movement’s leader Abbas al-Musawi in 1992. Under Nasrallah's leadership, Hezbollah became a serious opponent of the Israel Defense Forces in Southern Lebanon, managing to improve the organization's military capabilities and increasing the killing rate to approximately two dozen Israeli soldiers per year.

Monday, August 14, 2006

RESOLUTION OF THE SEA ISLAMIC ORGANIZATIONS ROUNDTABLE CONFERENCE ON PALESTINE AND LEBANON IN FACING THE ZIONIST AND ANGLO AMERICAN IMPERIALISM


To realise and further enforce the resolutions arrived, the Round Table Conference unanimously agrees to coordinate the various programmes through the :

Formation of a Secretariat to be headed by a secretary preferably from Malaysia.

This Secretariat requires a seed capital or funding to move the planning by galvanizining both Islamic political parties and the Muslims-based NGOs. We would also like to propose the invilvement of Muslims corporate-cum-philanthrophists.

The terms of reference for the Secretariat encompasses the following domains or categories namely:

1. Political Initiatives & Lobbying Efforts
- International, Regional and National

I. Call for all heads of Islamic parties within 4 to 8 weeks to exert pressure and lobby on our respective government

II. Organise Muslims in Europe and the US to lobby the Western Governments and rally public support to emphatize with the people of Palestine and Lebanon.

III. Initiate a War Crimes tribunal to bring war criinals Ehud Olmert and George Bush to justice

IV.Educate and spread information on the pending dangers about to befall A-Aqsa Mosque to the masses esp Muslims

V. A campaign to inform and educate citizens in their respective countries, Muslims and non-Muslims alike, of the truth and facts of the actual conflict, so as to counter the falsehood and prejudiced information of their international media namely the CNN, BBC etc. That is the Muslims that are the initiators of the conflict and Hamas and Hezbullah are terrorist organizations that are out to hijjack democracy in their countries.

NB. Inter-MAzhab Coordination and effirts of Taqrib of Mazhab namely Shia- Sunni Divide

2. Media-cum-Research and Development

I. Efforts to counter-balance the prejudiced information of the western media.
II. Infromation sharing and networking of various websites of our respective countries
III. Educate the masses and increaese consciousness through mosques and gatherings as the alternative media

3. Humanitarian and Relief Work

I. Coordinate existing humanitarian and relief works being undertaken by the various Muslims organizations in all respective countries.

4. Fund_Raising (Economic Action) and Aid

I. Strategise Muslims in the US to galvanise Muslim businessmen and philanthropists to redirect investment in Muslim countries specifically Malaysia and Indonesia
II. Boycott of specific goods and services from the Corporations known to fund the Zionist regime of Israel nemly 4 items Coca-cola, Caltex, colagte and KFC

 

Powered by Blogger